Saturday, December 30, 2006

salam eid'...

Selamat Hari Raya Haji. Kepada yang tidak pulang, mungkin ada sebab yang munasabah ya. Petang ni bakal pulang ke kampung yang tercinta dan menemui bonda dan ayahanda yang tersayang. Doakan hamba selamat tiba nanti. By the way...What are you willing to sacrifice this year?
(n_n)v

The sky speaks...


Let me present you da colour of the sky in Teluk Cempedak. It was around 6-7 p.m. And I really love it...


The darker sky...


Suka yang ni...

CATERPILLAR!


Ada ulat yang sangat besar dan comel. Berduri-duri dan sedang bergerak sangat perlahan ke arah longkang. Masa ambil gambar ni, kitorang baru balik daripada cafe (food sangat okay!) nak tengok? Masa mula-mula tengok macam geli gak...

Mesti jadi BUTTERFLY yang cantik! Go CATERPILAR! (safe journey!) =)

Saturday, December 23, 2006

The weather, the wave and the birthday party

Walaupun incident ni dah lama berlaku tapi nak jugak bagitau kat korang. We went to TC (teluk cempedak) last 17th December. It was my two good fren's birthday. Beria la pegi plan untuk ke TC sebab rasanya macam best ajer kalau dapat sambut birthday diaorang kat sana.


15122006 (Friday)

* plan to have Muni's and Amy's birthday party at TC
* list all the needed things to be brought to the party
* list all the friends going (16 of us--3 cars)

16122006 (Saturday)

* buy all the listed items
* muni and Amy shared the birthday cake (a very nice cake...sangat sedap
* pack other necessary things

17122006 (Sunday)

It RAINED!

Moral of the story: Kita hanya merancang. Tapi Tuhan yang menentukan. Namun begitu, kami tetap pergi ke TC. Dalam keadaan hujan yang jarang-jarang berhenti dan ombak yang sangat best we really enjoy the day. Walaupun tak follow the plan, tapi kitorang sangat happy and I know we'll always appreciate the moment. Happy belated birthday to Muni and Amy.





Kek muni and amy yang sangat sedap
(secret recipe : chocolate indulgence)

p/s: hari tu jugak menerima mesej dari someone yang aku selalu miss. Kami dekat tapi jauh. kwang. kwang. kwang

Friday, December 22, 2006

I miss them!

I miss this little baby....



And this little girl...



Dah lama tak jumpa kanak2 dua orang yang kat atas ni. Sangat rindu. Err....Johor banjir skang kan?

Wednesday, December 20, 2006

Malas lagi...


Walaupun hidup di Kuantan ni sangat sesuai untuk study tapi aku tetap malas. Bak kata orang itu dulu, gen malas memang dah ada kot. Kwang kwang kwang.

Masalahnya kemalasan aku ini sebenarnya lebih kepada malas untuk stadi dan membelek buku2 AKADEMIK. Di ulangi BUKU-BUKU AKADEMIK! *sigh*. Malas...malas...dan malas.

Masa sekolah menengah dulu, cikgu maths aku pernah cakap, nak rajin pun kena doa. Aku doa ajer. Tapi agaknya doa tak makbul lagi kot. Sebab aku rasa tahap kemalasan aku masih tetap begitu. Tak pernah ada ura2 untuk menurun atau yang sewaktu dengannya.

p/s: Gambar di atas tidak berkaitan dengan mana2 perkataan di dalam post ini. Perhiasan semata. ----Ini anak sedara aku. Nama dia Adam. Atashi daisuki! (n_n)v

Friday, December 15, 2006

living with no regrets

'Andai ditusuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik daripada menyentuh perempuan yang tidak halal bagimu.' - at-Thabrani -

p/s : Post ini tidak berkaitan dengan yang hidup atau yang mati. Sekadar peringatan untuk dirimu dan aku yang dikhuatiri semakin hanyut dibawa arus yang bernama 'kebiasaan'.

Saturday, December 09, 2006

moving to Kuantan

Aku dah pindah ke Kuantan. Mula-mula sedih sebab aku bakal merindui Gombak walaupun dulu selalu jugak komplen semasa kat sana. Bersyukurlah kamu yang berada di sana. Tapi bila sampai kat sini, ok ajer life. Dari segi suasana, rasanya sini quite peaceful. ehm...rather peaceful...ano...very very peaceful. Kiranya kat sini boleh stadi dengan tenang sebab sangat sunyi dan senyap.

Kuliah sangat jauh. Boleh di gelarkan sebagai 'the faraway land' (teringat cerita zaman kanak-kanak dahulu). Panas sebab kurang pokok. Tapi okay aje sebab kat gombak pun panas gak. Walaupun selalu naik bas dan kuliah kat gombak takderlah sayup mata memandang tapi, kalau berjalan di tengah hari, penat lah gak.

Kat sini betul-betul blaja independent. Kat Gombak ader abang kesayangan. Takder duit ajer, call. Nak balik lepak kat umah ajer, call. Kat sini tak mungkin dapat berbuat demikian. Walaupun ader ajer relatives kat sini tapi tak sama. Aku penyegan orangnya. (hontou desu ka)

Mujurlah ader fatimah, penyelamat masa lapang aku. Time free ajer, ajak fatimah kuar ataupun enjoy life ngan dia blaja jepun n baca komik. Nasib baik jugak ader Laa, risau aper-aper, aku lepak ajer kat bilik dia. Ataupun Lina and Amy, yang tak pernah jemu untuk kongsi feelings and troubles ngan aku. Or maybe Muni yang ader ajer lawak tak kering gusi daripada dia. Felt appreciated. Minna san wa atashi daisuki!

Pendek kata, hidup di Kuantan ni takderlah teruk sangat. Okay ajer. Patut bersyukur pun sebenarnya. Lagipun, ni final sem aku kat sini. Next sem buat IT and lepas tu bolehla pikir nak kahwin ke, nak sambung master ke, nak kumpul duit banyak2 ker. Dulu, ader gak perasaan nak kawin masa blaja. Skang ni dah malas nak pikir. That's it. kwang3.

Aperpun, aku tetap rindu Gombak. =)

Monday, December 04, 2006

are you for real?

Pernah tak korang dapat mesej yang buat korang wonder..."Dia ni apehal?" Sangat tak suka.

Untuk lelaki yang di luar sana, kalau tak suka, cakap tak suka. Jangan mengada-ngada nak main words ngan pompuan. Tak baik. Pompuan ni sensitif. Mereka boleh pikir banyak benda dan boleh misinterpret benda yang ntah apa-apa. Diaorang bukan psikik yang boleh baca mind orang. Atau x-ray yang boleh tembus hati korang. Kalau suka, tapi kawan ajer, tak payah nak beromantik-romantik. Cakap betul macam kawan. Tak payah overacting. Kalau suka, tapi tak mampu lagi nak kawin skang, tapi nak suruh dia tunggu, cakap atau bagi hint elok-elok. Tak baik leave dia hanging macam tu. Wakatta? Araso? Fahimtum? Understand?

Author emo hari ini kerana mood yang tidak menentu berikutan beberapa peristiwa yang melibatkan kawan-kawan sekelilingnya. Segala ucapan terkasar adalah perbuatan yang tak disengajakan dan bertujuan baik. Sekian, terima kasih.

Saturday, October 07, 2006

minggu ini minggu yang parah

Minggu ini minggu yang parah. Duit mengalir seperti air sungai yang jernih. Atm bank bagai teman karib di waktu lunch hour dan lepas terawih. Walaupun lebih kurang 2 minggu je lagi tinggal kat kolej tapi tetap risau kerana ketiadaan bank PAMA di Malaysia buat masa sekarang.

Minggu ini minggu yang parah. Masa lebih banyak bersama komputer dan manga serta assignment dan presentation yang mendatang. Kerisauan untuk mengkhatam al-qur'an several times turut datang bertimpa-timpa. Sedih. Risau. Bercampur baur.

Minggu ini minggu yang parah. Otak ligat berfikir untuk pulang ke rumah. Otak juga hebat berimaginasi tentang migrasi ke kuantan nanti malah sibuk berfikir tentang barang-barang sepanjang pemastautinan sejak dari matrix hingga ke main campus. Otoke?

Minggu ini minggu yang parah. Mata bertukar warna dari putih jernih ke merah menyala. Berjalan seperti di awangan. Wajah tak berseri seperti selalu. Letih. Penat. Malas berfikir.

Minggu ini minggu yang parah. Minggu depan macam mana agaknya?

Malas nak fikir jugak. Aperpun, kena ganbare. Buat sumer keje sampai habis. Lepas tu perah otak untuk final plak. Nanti dah nak grad...Lepas tu sambung blaja lagi. Pastu, masalah(?) sama jugak happen. =) Yokatta!

Monday, October 02, 2006

apakan daya

Ramadhan da datang. Tapi sedih sebab bila orang pegi solat terawih atau bukak puasa dengan penuh nikmat atau baca qur'an dengan bestnya, aku hanya mampu telan air liur. Tak mampu untuk berbuat apa-apa. *sigh*. Susah betul jadi pompuan. Maka, bermulalah operasi mengisi masa lapangku dengan pelbagai kerja yang tak berfaedah termasuklah mendownload komik yang berjuta itu serta berada di lab Linux ataupun di GPCL sehingga aku mengetahui apa rasanya menjadi orang eskimo.

Sambutan ramadhan kali ini pun macam tahun-tahun yang lepas i.e without the presence of my mom and dad. Rindukan diaorang sepanjang ramadhan ini. Apapun, aku doakan mereka sihat walafiat di Tanah Suci di sana. (Dah lama tak bukak puasa dengan makanan dari air tangan che....uuuuuu..sedih....)

Raya tahun ni bakal diiringi dengan kebimbangan final exam. Yelah, exam lepas raya. Apapun, sangat berharap tahun ni boleh buat dengan lebih berjaya as to take the barakah from the ramadhan month. Harap kalian pun sama.

Monday, September 25, 2006

AGD

AGD-Annual Grand Dinner. Terbayang keletihan pada muka semua orang hari dinner tu. Sebenarnya ini adalah the first and the last dinner here in Gombak before we move to Kuantan. The dinner event tu sangatla menarik. Ada candles on every table, ada band dari uia ( I don't even know they exist! Walaupun sebenarnya tak sesuai, tapi takder pilihan lain! ) , ada short clip dari Latep n Zack (korang memang rock!) and ada persembahan dari band sciences sendiri. The event, for me, was going well and awesome (thanx to our saver, da miniclip show)

Masa post mortem was the scariest part. Farid bagitau yang da table spread yang kitorang guna tu kena lilin. It turned out that makcik katering yang own the table spread to taknak terima them because dia kata kain tu susah nak cuci kalau kena lilin. Sumer orang muker da pucat. 1 table cloth tu harga rm40. There were 20 of them! Mana nak cekup fulus?! Masa tu jugak simpati datang bertimpa2 pada Farid. Dia buat muka kesian dan panik membuatkan kitorang sumer pun sakit kepala+berserabut.

Nasib baiklah half of us are biological students. Diaorang pun balik ke lab keesokan harinya untuk buat solution untuk hilangkan lilin yang kononnya susah untuk dikeluarkan itu. Alhamdulillah. Lilin tu hilang! Maka, sumer kaki dan tangan yang ada pun buatlah kerja sama-sama untuk menghilangkan lilin atas 20 lagi kain putih tu. And we all live happily ever after.


Sekian. Tamatlah riwayat untuk hari ni.


p/s: Rector datang masa malam dinner tu. Sempat amik gambar dengan dia. =)

Monday, July 17, 2006

Dealova

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati Oh……
Bayangmu seakan-akan …………

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu oh………
Kau seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu Oh ………
Kau seperti udara yang kuhela
Kau selalu ada, selalu ada, dan selalu ada
Yang selalu ada dan selalu ada ………

This is a song from an Indonesian band called Dewa. Very sentimental and I like it very much. Just wanna share with you guys out there. Don't know what's the meaning of the title but it's kind of cute though.

p/s: apabila dengar lagu ni mesti ingat kat che and ayoh kat umah. Miss them so much. =(

Tuesday, July 11, 2006

World Cup, blog and updating


The World Cup ends with Italians joy and laughter. Though I love Brazil better but knowing that they ended their journey only in quarter finals, hey, Italy wasn't that bad either, right? hehehe. Well, at least the World Cup is gone. No more. We'll wait for the next 4 years to observe this madness on world cup again.

I'm back. To UIA. At last. Change the room, got new roommates, green scenery and dust everywhere. Wonderful! Syukur alhamdulillah. Healthy and happy. =)

I'm trying to update the blog actually. We'll see what'll happen with the blog and sorry for the bad-to-worse english. =)

Saturday, June 10, 2006

I wonder

hahaha..the holiday almost ends itself in approximately a month. I'm out of my word to describe how glad and almost (really?) happy I am to be in school and flipped the pages of the not-one-reading-understandable (?) books again. (Sejak bila jadik ulat buku ni?) Am I able to think like that when I'm there? Hmm...I wonder.

A lot of things happened. I wept a lot and I laughed a lot. Almost equal. Barely enough to be okay? Hmm...I wonder again.

Don't know what to say. =)

Tuesday, June 06, 2006

breed?

Current reading: The Morning Post, Angels and Demons

Current watching: Flight plan, narnia, ultraviolet, scary movie, supernatural, csis, bournes, numbers

Current doing: Ternak lemak. Hahaha. =)

Nampaknya keazaman untuk kurus telah dienjakkan ke semester depan. Sekian. =)

p/s: nat tengok da vinci code n pirate of the carribean. uuuuu...=(

Saturday, April 08, 2006

happy holiday

Finally, the day has come. After all the happiness and sadness throuhgout the time in answering all the questions, I'm finally free the stress. For the time being I suppose.(n_n) Ready to balik kampung?

p/s: pada sumer yang bakal praktikal, gudlak and wish you all the best. Ganbatte kudasai!

Wednesday, February 08, 2006

tegur menegur

Semalam, mendapat mesej yang bertanyakan tentang ketidaksenangan orang sekeliling mengenai kekerapannya keluar dengan awek, merewang ke sana sini. Aku diam. Kalau korang, nak pesan macam mana?

Jangan anggap kawan-kawan yang menegur tu busy body atau apa. Mungkin kita marah, tapi apa salahnya dengar dan pertimbangkan. Aku silap kau tegur, kau silap aku tegur. Pengalaman? Banyak. Satu: "Ko kena kontrol sket temper ko. Jangan cepat melenting sangat. Tak elok pompuan cepat naik darah." Aku diam. Ni lama dulu. Masa tu memang bengang. Apehal ko busybody. Tapi aku fikir balik. Betul yang dia cakap. Marah tu tak bawak untung pun. (n_n)

Kawan aku kata: "Mc rose, ko ni kan, pompuan yang tak enjoy dengan hidup..." Aku diam.
Aku kata : "Aku enjoy, tapi aku (insya allah) tak lupa diri." Kawan aku diam.

Ayah kawan aku cakap pasal budak laki yang suka bawak pompuan ke hulu hilir: "Lamo2 mung bowok gi maghi gi maghi, nok sapa ko nikoh, hancur lebur dulu la ttino tu." Aku gelak. Sungguh-sungguh aku gelak.

p/s: malas nak translate. =)

Tuesday, January 10, 2006

The World Factbook

My group members and I have to do an assignment on MGT (probably short form for management) aboout us trying to export our new created products to overseas. We were given an address. The content is very interesting and very knowledgeable for I am not very good in reading maps. It's the world factbook and it is (for me) very comprehensive. I clicked 'Malaysia', just to look through about the content of this factbook. What attracts me is the fact: "....Shamanism is practiced in East Malaysia." Sounds interesting, huh! =)

The address:
http://www.cia.gov/cia/publications/factbook/index.html

Thursday, January 05, 2006

Tujuh warna di dada langit (1)

Kepala menjenguk keluar tingkap
Rumput basah
Tanah lembab
Sungai berkocak
Tempias menyapa pipi

Langit yang indah
Bertanya khabar
Bersama tujuh warnanya
Sejalur
Di dada langit

Lalu
Benak berputar
Otak ligat
Mata mengecil
Dahi berkerut

Kenapa tujuh?
Bukan lima
sebagai tanda solat yang wajib kami lakukan?
Atau empat
sebagai tanda kitab yang wajib kami ketahui?
Atau dua
sebagai tanda isi dalam kalimah syahadah?
Atau satu
sebagai tanda Dia Yang Maha Esa?

Aku bermonolog lagi
Hikmah sebenar
Tak mampu kutembusi
Tak tercapai akalku ini
Tak mampu difikirkan lagi

Aku merenung lagi
Empat belas warna
Di dada langit
Barangkali
Akan kutimbulkan pula
Persoalan pelangi
Berkembar dua