Saturday, October 07, 2006

minggu ini minggu yang parah

Minggu ini minggu yang parah. Duit mengalir seperti air sungai yang jernih. Atm bank bagai teman karib di waktu lunch hour dan lepas terawih. Walaupun lebih kurang 2 minggu je lagi tinggal kat kolej tapi tetap risau kerana ketiadaan bank PAMA di Malaysia buat masa sekarang.

Minggu ini minggu yang parah. Masa lebih banyak bersama komputer dan manga serta assignment dan presentation yang mendatang. Kerisauan untuk mengkhatam al-qur'an several times turut datang bertimpa-timpa. Sedih. Risau. Bercampur baur.

Minggu ini minggu yang parah. Otak ligat berfikir untuk pulang ke rumah. Otak juga hebat berimaginasi tentang migrasi ke kuantan nanti malah sibuk berfikir tentang barang-barang sepanjang pemastautinan sejak dari matrix hingga ke main campus. Otoke?

Minggu ini minggu yang parah. Mata bertukar warna dari putih jernih ke merah menyala. Berjalan seperti di awangan. Wajah tak berseri seperti selalu. Letih. Penat. Malas berfikir.

Minggu ini minggu yang parah. Minggu depan macam mana agaknya?

Malas nak fikir jugak. Aperpun, kena ganbare. Buat sumer keje sampai habis. Lepas tu perah otak untuk final plak. Nanti dah nak grad...Lepas tu sambung blaja lagi. Pastu, masalah(?) sama jugak happen. =) Yokatta!

Monday, October 02, 2006

apakan daya

Ramadhan da datang. Tapi sedih sebab bila orang pegi solat terawih atau bukak puasa dengan penuh nikmat atau baca qur'an dengan bestnya, aku hanya mampu telan air liur. Tak mampu untuk berbuat apa-apa. *sigh*. Susah betul jadi pompuan. Maka, bermulalah operasi mengisi masa lapangku dengan pelbagai kerja yang tak berfaedah termasuklah mendownload komik yang berjuta itu serta berada di lab Linux ataupun di GPCL sehingga aku mengetahui apa rasanya menjadi orang eskimo.

Sambutan ramadhan kali ini pun macam tahun-tahun yang lepas i.e without the presence of my mom and dad. Rindukan diaorang sepanjang ramadhan ini. Apapun, aku doakan mereka sihat walafiat di Tanah Suci di sana. (Dah lama tak bukak puasa dengan makanan dari air tangan che....uuuuuu..sedih....)

Raya tahun ni bakal diiringi dengan kebimbangan final exam. Yelah, exam lepas raya. Apapun, sangat berharap tahun ni boleh buat dengan lebih berjaya as to take the barakah from the ramadhan month. Harap kalian pun sama.