Minggu ini minggu yang parah. Duit mengalir seperti air sungai yang jernih. Atm bank bagai teman karib di waktu lunch hour dan lepas terawih. Walaupun lebih kurang 2 minggu je lagi tinggal kat kolej tapi tetap risau kerana ketiadaan bank PAMA di Malaysia buat masa sekarang.
Minggu ini minggu yang parah. Masa lebih banyak bersama komputer dan manga serta assignment dan presentation yang mendatang. Kerisauan untuk mengkhatam al-qur'an several times turut datang bertimpa-timpa. Sedih. Risau. Bercampur baur.
Minggu ini minggu yang parah. Otak ligat berfikir untuk pulang ke rumah. Otak juga hebat berimaginasi tentang migrasi ke kuantan nanti malah sibuk berfikir tentang barang-barang sepanjang pemastautinan sejak dari matrix hingga ke main campus. Otoke?
Minggu ini minggu yang parah. Mata bertukar warna dari putih jernih ke merah menyala. Berjalan seperti di awangan. Wajah tak berseri seperti selalu. Letih. Penat. Malas berfikir.
Minggu ini minggu yang parah. Minggu depan macam mana agaknya?
Malas nak fikir jugak. Aperpun, kena ganbare. Buat sumer keje sampai habis. Lepas tu perah otak untuk final plak. Nanti dah nak grad...Lepas tu sambung blaja lagi. Pastu, masalah(?) sama jugak happen. =) Yokatta!
Saturday, October 07, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment