Apa yang korang buat hujung minggu? Tidur macam tak nak bangun untuk jangka masa yang lama? Surf internet sampai macam nak tersembul bijik mata? Tengok tv sampai tv tu macam nak meletup? Atau berjalan-jalan macam aku yang memang macam tak ingat dunia? Hehehe. It's true. Kitorang (aku, mclaa, marya, muna,jannah) semuanya berjalan macam tak ingat dunia. hehehe.
Mula-mula, kitorang pergi ke Sunway coz we promised each other to meet there. Kat sana, kitorang semua janji nak jumpa Jas and also Lina yang at the moment tengah pregnant 8 months. Wah, sangat kagum dengan Lina yang masih lagi mampu berjalan ke sana ke mari membawa baby dalam perut. Tapi, mak aku cakap kalau orang pregnant, memang kena banyak berjalan sebab nanti senang nak beranak. Aku tak tau la betul ke tak teori tapi apa pun aku tetap kagum dengan Lina.
Pastu kitorang round Sunway tu untuk beli hadiah untuk baby Hasiena yang baru ajer less than a month old. *sigh. Dalam pukul 5 something, kitorang semua pergi ke umah Ina di Sri Petaling (jalan aku nak pegi keje hari2). Yang ini sorang pun aku kagum jugak. Berjalan ke sana ke mari macam orang dah beranak berapa bulan. Padahal dia operate aper. Wah, sebab itu aku cakap dalam entry aku sebelum ni. You won't know how strong can you be unless kalau u berada dalam situasi yang memerlukan u to be extraordinary. hehehehehe
After maghrib, kitorang pegi Midvalley pulak.-jalan lagi. Tapi kali ni, aku pergi Midvalley ada tujuan. Aku pergi nak beli broadband sebab aku bosan giler kat umah dan tak larat asyik menonton televisyen macam nak terkeluar bijik mata. okaylah pricing dia and aku amik celcom yang basic giler packagenya sebab aku pun bukan nak mendownload benda yang hebat pun kan. Setakat download lagu dan manga atau manhwa tu apalah sangat keperluannya. Nanti kat ofis pun keje aku mendownload benda tu jugak.
Balik daripada midvalley tu,kitorang pegi rumah mclaa dulu sebab marya nak parking kereta dia kat situ. Pastu, semua naik keta aku pegi hantar Jannah kat Subang yang dekat dengan airport subang tu. Fuh, jauh giler. Tapi okay jer sebab aku boleh bawak Sophia aku jalan2 and pastu yang seronoknya sebab Jannah belanja makan. Thanx Jannah!! (n_n)v
Lepas perut dah kenyang, kitorang balik semula ke rumah Mclaa sebab aku overnight kat situ. Biasalah kami kalau berkumpul berdua, mesti macam kucing dapat geng. ada ajer benda yang nak buat lawak nyer.
Esoknya, kitorang stay rumah mclaa sampai pukul 6 petang. Then, aku and Marya balik ke pangkal jalan (balik rumah la!!!)
Begitulah hujung mingguku terisi kali ini. Aku suka berjalan weekend sebab aku takde life weekdays. Hidup aku pada hari bekerja adalah bekerja dengan tekun. Weekend pulak kita main dengan riang and in between jangan lupa solat and ingat kita akan mati bila2 ajer. Kerja..kerja jugak. Main..main jugak. Tapi, benda2 yang wajib buat, patut dilaksanakan dulu.
BTW, hari ni Muna masak spagheti. Best giler!!!