Tuesday, June 24, 2008

hari sesat sedunia

sesat. sesat boleh membawa kepada pelbagai pengertian. sesat dalam kehidupan bukanlah bermakna kemana-mana sahaja anda pergi anda pasti sesat tapi lebih kepada hilang tujuan hidup. tapi entry ini bukanlah ingin menceritakan tentang orang-orang yang sesat dalam kehidupan atau yang sewaktu dengannya. tapi entry ini lebih kepada bercerita tentang kami yang bukan sahaja sesat untuk pergi ke majlis Lina, tetapi juga sesat di Sunway Pyramid hatta jalan balik ke rumah Muni.(walaupun kesesatan itu tidaklah nyata kerana tuan rumah mampu menunjukkan jalan balik ke rumahnya.)

Tension. Tanggal 21 June yang lalu memanglah hari sesat sedunia untuk aku, fadh, laa and muni. sesat. Dalam Sunway Pyramid tu pun boleh sesat. aku pun tak faham kenapa. Kami sesat bukan kerana tidak menjumpai particular shop ataupun ingin mencari barang, kami sesat kerana kami mampu masuk ke dalam Sunway Pyramid tu tapi tidak menjumpai jalan keluar ke Carpark. arrgghhhh....tension giler! Mau taknya, sudahlah terpampang besar nama level tu di mana-mana dalam Sunway Pyramid tu, pintu keluar pulak tak jumpa....iskh...iskh....memang hari sesat.

itu baru satu masalah selesai. selepas itu kami menuju ke rumah Lina. sesat lagi. adoi...! takpe. hari itu ajer kami sesat. insya allah kami takkan sesat lagi lain kali. hehehehehe(kerana ada kemungkinan untuk tidak lagi pergi ke tempat itu). -..."sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar..."

apapun, gembira melihat Lina dan Khalid yang berseri-seri dan secocok dengan persalinan berwarna kuning. Memanglah raja sehari. Dahlah aku jumpa buah hati aku kat situ. hahahahaha. I was so happy. Ketensenan akibat sesat terus hilang apabila bercakap dengan budak itu. kwang. kwang. (Dia dah ada makwe. Jangan memandai!). Mcrose senyum sampai telinga. This heart belongs to that person who will never know that this heart really belongs to him. Yang budak tu admire jer. hehehehehe.

Aperpun, congrats Lina and Khalid! Sama cantik. Sama padan. =)

5 comments:

:: !zyan :: said...

mane gamba lina kawen?
upload aa...nak tgk!

roslini ashari said...

uuu...nak kena mintak ngan fatimah. dia yang banyak tangkap gambar. =)

lutfi lukman said...

ada update rupanya¬
Oooo...mcrose ada crush ek...tu la, dulu ada orang nak, ko jual mahal¬ kalo x mesti ko dah kawin dah ada anak sorang ni :p

Anonymous said...

hehehehe. bukan jual mahal. aku fikir yang baik untuk dia. =)

Anonymous said...

Haha....
Sorry...
fatimah ni malas upload gambar
kalau rajin nanti upload kat frenster