Monday, June 16, 2008

7 perkara

Saya ditag oleh Muni. sajer jer lah tu nak suruh jugak orang buat benda ni. tapi okay jer. sebab sekarang ni otak tengah tepu dan tidak mampu lagi untuk menghadap nombor yang sangat banyak

7 fakta tentang saya:

1) anak bongsu daripada enam adik beradik
2) satu-satunya yang dilahirkan di hospital. adik beradik saya yang lain semuanya dilahirkan di rumah. dilahirkan pada waktu subuh pada 25 April 1984.
3) bersekolah di kelantan dari kecik sampai besar. sekolah rendah di Sek. Ren. Dato' Hashim (1). my secondary school was Sek Men. Pengkalan Chepa (1). Walaupun saya mendapat tawaran untuk ke MRSM, saya menolaknya berikutan tidak mahu berpisah dengan mak dan ayah. hehehehe. Tapi terpaksa berpisah untuk ke Matrix UIA pada 2002-2003 dan ke UIA Gombak pada 2003-2006 and end 2006 until mid 2007 saya terpaksa berpindah ke Kuantan berikutan mengikuti perpindahan kuliah.
4) saya sangat suka muzik. kalau kedengaran enak di telinga saya, saya akan berusaha untuk bukan setakat mencari lirik tetapi juga akan cuba memahami dan membuat tafsiran saya sendiri tentang lagu dan lirik tersebut. bahasa apa2 pun boleh. pun begitu saya tidak mampu membezakan genre muzik di mana melodinya kedengaran lebih kurang sama. (suka buat benda yang tak berfaedah...bila nak insaf!)
5) saya sangat suka menonton movies dan dramas (selalunya korean dan japanese). saya boleh menghabiskan masa sepanjang hari dengan menonton siri kegemaran saya. I enjoy movies a lot. saya boleh menonton movie yang sama berulang kali kerana saya suka memahami apa dan mengapa skrip itu begitu. Contohnya: saya telah menonton Bourne (Identity, Supremacy and Ultimatum) sebanyak 8 kali. (Baru lapan kali). hehehehehe
6) saya sangat sensititif dan sangat senang menangis.
7) saya suka bermonolog. saya selalu risau orang fikir saya kurang waras kerana saya memang suka bermonolog. hehehehehe

7 perkara menakutkan saya:

1) gagal dalam hidup. hereafter and here.
2)keluarga saya tidak hiraukan saya---->saya sangat manja dengan keluarga (hehehehe)
3) lipas dan segala serangga yang mempunyai kaki macam lipas dan terbang....eeeeeiiii
4) orang marah saya
5) terasa hati kerana saya---->walaupun saya selalu sahaja buat orang di sekeliling saya terasa hati dengan saya.
6) hantu dan segala makhluk yang sewaktu dengannya
7) pretenders. men and women.

7 lagu buat masa sekarang:

Wow, cukup ke 7 ajer. hehehehe. I'll choose the best. Tapi semuanya lagu lama dan saya tak kisah biarpun orang kata lagu ni dah ketinggalan zaman.

1) Tong Hua- Guang Liang (lagu lama tapi saya mendengar dan meminatinya sekarang ini)
2) Daybreak's Bell - L'arc-en-ciel
3) Ashita Hareru Kana - Keisuke Kuwata---> OST Proposal Daisakusen (Operation Love)
4) Gojidmal (Lies) - Big Bang
5) Hikari - Utada Hikaru
6) Drink It Down - L'arc-en-ciel---> OST Devil May Cry IV
7) Sempurna - Andra and The Backbone---> kerana saya tak suka Gita (sorry cik Moon!)

7 perkara yang saya selalu sebut:

1) Ya Allah!
2) nandayo!
3) .........ek?
4) biar betol!
5) saje je!
6) aaa.....(contohnya...aaa, macam tu ek?)
7) tak senonoh betol!

7 perkara yang amat bernilai:

1) keluarga
2) tubuh badan yang sihat
3) otak saya
4) komputer n internet--->takder ni takleh buat keje ma!
5) contact lenses n spectacles
6) best friends and friends
7) harta benda yang saya ada sekarang

7 'pertama kali' dalam hidup saya:

1) melihat dunia 25 April 1984
2) 1993 - menang pertandingan melukis. sebelum ni asyik dapat nombor 3 dan 2 ajer.
3) 1995 - pertama kali menjejakkan kaki di holy land and berada di depan Ka'bah.
4) 2002 - staying far away from my beloved family. sebulan jugaklah homesick and call my mom coz I miss her a lot. uuuu...
5) 2002 and 2004- my first handphone---> nokia 3310. abang yang belikan. and my first laptop Prestigio. mak yang belikan.---> nak jugak bagitau. hei...betul apa. selama ini jauh dari family. I appreciate both things tu sampai sekarang. walaupun dah lunyai tapi masih lagi disimpan elok.
6) 2004 - my first work kat Seri Gombak. Jadi english teacher kat tuition centre. tapi quitted after a month and a half coz tak sempat nak prepare teaching materials. hehehehe.
7) 2008 - my first car-2nd hand wira aeroback. huhuhuhu...

7 blog yang dipilih:

1) lutfi
2) ceghah
3) muni
4) arshana--> sebab ada laruku!
5) kak izyan
6) mayat hidup
7) faisal tehrani

No comments: